Bahasa Melayu

Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan di beberapa negara di Asia Tenggara seperti Persekutuan Malaysia, Kesultanan Brunei dan Republik Singapura. Di Republik Indonesia, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa asas untuk membangunkan bahasa Indonesia dalam Sumpah Pemuda pada 16 Oktober 1928.

Kerajaan Persekutuan Malaysia berhasrat menamakan bahasa kebangsaannya sebagai bahasa Malaysia. Namun, hal ini adalah bertentangan dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan Malaysia adalah bahasa Melayu. Selain itu, bahasa Melayu turut dituturkan oleh penduduk berketurunan Melayu di beberapa negara seperti Thailand, Filipina, Kemboja, Vietnam, Saudi Arabia, Sri Lanka, Australia dan Afrika Selatan.

Perkembangan bahasa Melayu adalah bergantung kepada rantau-rantau ia dituturkan serta negara ia digunakan sebagai bahasa rasmi. Berikut adalah maklumat berkenaan dengan perkembangan bahasa Melayu mengikut zaman-zamannya secara umum:
Rujukan
  • Tempo, 'Awalnya Bahasa Melayu sebagai Bahasa Persatuan', 28 Oktober 2012 (online)