Empayar Talasokrasi


Empayar Srivijaya merupakan pusat perdagangan pesisir pantai dan merupakan satu empayar bersifat talasokrasi. Talasokrasi ini bermaksud ia bersifat maritim atau kelautan kerana penduduk berbangsa Melayu kebanyakannya adalah masyarakat kelautan. Oleh sebab itu, pengaruh mandalanya tidak begitu mendalam di rantau perhuluan dan cuma mencapai kawasan pesisiran pantai di Asia Tenggara.

Kerajaan Srivijaya menerima faedah dari perdagangan kelautan antara China dan India selain perdagangan rempah dari Maluku. Kota Palembang menjadi pusat entrepot dan mendapat perlindungan perdagangan dari maharaja China. Srivijaya sering menguruskan jaringan perdagangannya dan berhati-hati dengan pelabuhan-pelabuhan saingannya dari kerajaan-kerajaan sebelah.  

Keperluan untuk mengekalkan monopoli perdagangan menyebabkan kerajaan Srivijaya melancarkan serangan lautan dan ekspedisi peperangan menentang pelabuhan saingan di kerajaan-kerajaan sebelahnya. Semua kota pelabuhan itu kemudian dibawa masuk ke lingkungan mandala Srivijaya. Kota pelabuhan Jambi, Kota Kapur di Pulau Bangka, pelabuhan Sunda di kerajaan Tarumanagara di Barat Jawa, kerajaan Kalinga di Jawa Tengah, pelabuhan Kedah dan Chaiya di Semenanjung Tanah Melayu adalah antara pusat pelabuhan serantau yang diserap masuk ke mandala Srivijaya. 

Satu siri serangan kerajaan Srivijaya dari Pulau Jawa kemudian menyerbu pelabuhan di benua Champa dan kerajaan Kemboja purba. Hal ini merupakan usaha kerajaan Srivijaya untuk mengekalkan monopoli perdagangannya di rantau ini. Ia menjarah kota pelabuhan yang naik menjadi saingannya.

Ketangkasan tentera-tentera Srivijaya di lautan dirakamkan pada ukiran timbul pada Candi Borobudur di Jawa Tengah. Pada ukiran itu, terdapat gambar perahu bergandung dua yang digunakan di Asia Tenggara. Fungsi lunjuran adalah untuk menstabilkan perahu. Perahu bergandung satu atau dua itu merupakan ciri tipikal bagi kenderaan orang Austronesia dan kebanyakannya digunakan untuk perjalanan merentasi lautan sekitar Asia Tenggara, Oceania dan Laut India. Perahu yang dipaparkan pada candi itu kemungkinannya adalah sejenis perahu yang digunakan untuk perdagangan antara pelabuhan di hulu dan kempen ketenteraan oleh istana Sailendra dan kerajaan Srivijaya. 

Empayar Srivijaya ini memainkan pengaruhnya sekitar pesisir pantai di Asia Tenggara kecuali di Madagascar yang sejauh 3,300 batu (8,000 km) ke barat kerana penduduk Srivijaya ada yang dipindahkan ke sana juga. Migrasi penduduk Srivijaya ke Madagascar dianggarkan berlaku sekitar 1,200 tahun lalu iaitu pada 830 M.

Peta: peluasan kuasa kerajaan Srivijaya bermula pada abad ke-7 M merangkumi sebahagian besar Sumatera, Jawa Barat dan Jawa Tengah, pesisir pantai Borneo, Semenanjung Tanah Melayu sehingga abad ke-13 apabila ia diperintah oleh kerabat diraja dari kerajaan Melayu (Jambi).
Sumber peta: Gunawan Kartapranata