Ajaran Buddha di Śrīvijayendrabhūmi


Dalam konteks ajaran Buddha yang pernah bertapak di rantau masyarakat Melayu purba, kebanyakan mereka boleh dikatakan menganuti jalan Mahāyāna. Tokoh orientalis barat seperti Jan Natiier berpandangan bahawa istilah Mahāyāna ini merujuk kepada Bodhisattvayāna yang membawa maksud wahana para Bodhisattva pencari pencerahan jiwa untuk manfaat makhluk di seluruh alam. Istilah ini sudah pun digunapakai pada awal-awal lagi sebagai kata seerti bagi ajaran dan jalan para Bodhisattva. Oleh sebab Mahayana ini hanyalah rujukan penghormatan kepada para Bodhisattva, pemakaian istilah ini bagi merujuk mereka tidaklah mewakili perubahan besar pun kepada tradisi yang dianuti oleh mereka. 

Sastera-sastera awal Mahāyāna sering menggunakan istilah Mahāyāna sebagai kata seerti kepada Bodhisattvayāna. Istilah Hinayāna jarang sekali ditemui dalam sumber-sumber sastera ajaran Buddha awal. Perbezaan antara Mahāyāna dan Hinayāna ini pun dianggap sebagai sedikit saja dalam sastera-sastera awal. Hal ini kerana kedua-dua istilah ini sebenarnya tidak dibentuk untuk mewakili mana-mana aliran dalam ajaran Buddha pada era tersebut.  

Tokoh Buddha
Amalan Bodhisattva
Amalan Langkavaṃśa
Rujukan
  • The Buddhist Kingdoms of Indonesia, Tsem Rinpoche and Valencia Suhendra, 31 Mei 2016 (online)
Sumber Gambar: Perkarangan Candi Borobudur, Giovanni Bacardi