Peperangan Champa dengan Dai Viet

Peperangan Champa dengan Dai Viet ini berlangsung pada 1471 M. Ia berlangsung apabila Maharaja Le Thanh Tong dari Dai Viet melancarkan kempen peperangan yang dianggap oleh orang ramai secara meluas sebagai penanda kepada kejatuhan Champa untuk selama-lamanya. Tentera Dai Viet menyerang dan membakar negara-kota Vijaya dan memusnahkan tentera Champa. Sebagai kesan peperangan ini, Champa terpaksa menyerahkan rantau mereka kepada Annam (Viet Nam) dan berhenti dari mengancam rantau Annam (Viet Nam).

Penaklukan Champa

Negara Champa dan Dai Viet seringkali berperang dan bertelingkah. Dalam siri-siri peperangan mereka, keamanan akan muncul diikuti dengan kejatuhan ekonomi masing-masing. Sebaik sahaja ekonomi masing-masing berjaya dipulihkan, maka mereka akan berhembas semula.

Semasa peperangan disambung semula pada 1471 M, kerajaan Champa mendapati bahawa ia terasing dan menjadi lemah. Champa sendiri menghadapi peperangan saudara dan pada satu tahap sebenarnya mempunyai lima orang raja dalam masa yang sama. Kambujadesa enggan memberikan bantuan kepada mereka semasa mereka diserang oleh Dai Viet disebabkan mereka menyerang kota Angkor.

Kerajaan Champa memohon bantuan dari dinasti Ming di empayar China bagi menghalau kerajaan Viet Nam kembali ke rantaunya semula dan menandakan sempadan antara Champa dan Viet Nam. Walau bagaimanapun, empayar China hanya memberi sepatah dua kata sahaja kepada Viet Nam. Ia tidak menghantar bantuan ketenteraan pun. Viet Nam enggan mendengar kata lantas terus menyerang Champa dan merancang untuk menghancurkan terus Champa.

Pada 28 November 1470, Maharaja Le Thanh Tong memulakan serangan dengan menghantar 100,000 orang tentera Viet Nam mellaui jalan laut. Kemudian diikuti lagi dengan 150,000 tentera pada 8 Disember 1470. Tentera Viet Nam mengikut susunan tentera empayar China lengkap denga senjata bahan letupan bagai. Maharaja Le Thanh Tong mengumpulkan lagi 300,000 tentera gagah dalam medan peperangan sehingga melampaui bilangan tentera Champa iaitu seramai 100,000 orang. Hal ini sebenarnya memberikan kesan kepada ekonomi Viet Nam juga. Viet Nam kekeringan dana perbendaharaan negara kerana membelanjakan sehingga 1,000 liang emas setiap hari untuk ketenteraan. Namun, hal ini juga menyebabkan Viet Nam memenangi peperangan ini.

Lanjutan Peperangan

Viet Nam melancarkan pembunuhan beramai-ramai orang Champa. Seramai 60,000 orang Champa dibunuh di negara-kota Vijaya. Selain itu, Viet Nam melakukan khianat dan menyamun. Mereka membakar Champa secara besar-besaran dan menahan seluruh negara tersebut.

Wakil-wakil Champa melaporkan kepada orang China bahawa, "Annam menghancurkan negara kami!". Dinasti Ming merekodkan mengenai hal ini dalam rekod mereka. Beberapa ribu orang Champa diperhambakan oleh Viet Nam dan mereka dipaksa mengamalkan kebudayaan Viet. Dalam bilangan mereka yang diperhambakan itu, 50 daripadanya adalah kerabat diraja Champa. Champa memaklumkan China bahawa mereka terpaksa meneruskan peperangan melawan penjajahan Viet Nam ke atas mereka. Negara mereka telah dijadikan sebagai jajahan ke-13 oleh kerajaan Viet Nam.

Kerajaan Champa hancur selepas penaklukan Viet Nam ini. Beberapa negeri Champa yang kecil bertahan hanya setakat 1832. Selepas itu Maharaja Minh Mang dari Viet Nam memulakan penaklukan terakhir ke atas saki baki kerajaan Champa itu. Perdagangan Seramik Viet Nam terjejas teruk akibat kesan yang dialami oleh pedagang-pedagang dari Champa selepas penaklukan itu. Wu Pu, arjana China juga pernah mengesyorkan supaya kerajaan China membantu menghentikan perbuatan Viet Nam ke atas Champa itu.

Kerajaan China menghantar Chen Chun, seorang pemerhati kerajaan ke Champa pada 1474 bagi menabalkan semula raja Champa di situ namun beliau mendapati bahawa tentera Viet Nam sudah merampas seluruh Champa dan menghalang beliau dari masuk ke situ. Beliau terus ke Melaka dan pemerintah di Melaka ketika itu menghantar ufti ke China selepas Chen Chun pergi ke sana.

Pada 1481, kerajaan Melaka menghantar raja duta dan memaklumkan kerajaan China bahawa semasa dalam perjalanan dari Melaka pada 1469 ke empayar China, mereka telah diserang oleh tentera Viet Nam. Mereka yang muda dalam rombongan orang Melayu Melaka itu dikembirikan dan mereka diperhambakan. Selain itu, raja duta Melaka memaklumkan bahawa Viet Nam mengawal Champa dan Viet Nam cuba untuk menakluki kesultanan Melaka. Namun kesultanan Melaka tidak melawan kerana tidak mendapat kebenaran dari empayar China supaya berperang. Maharaja China lantas murka dan memerintahkan supaya orang Melaka menyerang kembali dengan sekeras-kerasnya jika orang Viet Nam berani menyerang.

Hanya beberapa bahagian kecil dari kerajaan Champa di selatan sahaja terselamat namun hal itu hanyalah sementara. Sekitar 162,000 orang Champa masih lagi wujud di Viet Nam pada hari ini. Yang lain bertebaran ke serata dunia. Kejayaan Dai Viet ini membolehkan Dai Viet menikmati keamanannya selepas bahagian utaranya disatukan di bawah dinasti Trinh. Hal ini juga membolehkan Viet Nam mengumpulkan kuasa melawan kerabat diraja Nguyen dari selatan pada abad seterusnya.