Peninggalan Champa

Tinggalan sejarah kerajaan Champa yang berada di sebelah selatan rantaunya adalah di negara-kota Panduranga. Di situ, Jeneral Bo Tri-Tri dari Champa memperisytiharkan diri beliau sebagai raja dan menawarkan kebaktian kepada Maharaja Le Thanh Tong di Dai Viet. Di bawah perlindungan Dai Viet, Panduranga atau Phan-Rang menerima sedikit kebebasan. Di sinilah bermulanya zaman dhatu-dhatu Cham bermula.

Semasa kesultanan Johor beperang dengan Portugis Melaka pada 1594, mereka membawa bersama dengan mereka askar upahan dari Champa. Selain itu, rantau Kemboja menjadi tempat orang Champa mendapatkan suaka perlindungan. Pada 1720 M, Po Chien bersama dengan pengikut beliau lari ke Kemboja kerana kehilangan tanah akibat dirampas oleh kerajaan Viet Nam.

Semasa dinasti Ming jatuh diserang oleh dinasti Qing, pelarian China turun ke selatan dan berlindung dalam tanah orang Champa serta di Kemboja. Lelaki-lelaki China muda kemudian berkahwin dengan gadis-gadis Champa menyebabkan lahir anak peranakan China-Champa. Namun, anak-anak tersebut lebih terbiasa dengan adat-istiadat China berbanding dengan adat Champa. Pelarian dari dinasti Ming turun ke Champa dan Kemboja semasa abad ke-17 dan ke-18 M.

Kerajaan Viet Nam menakluki Phu Yen pada 1578, Cam Ranh pada 1653 dan Tran Thuan Than pada 1692. Kesemua wilayah Champa ini ditakluki oleh orang-orang besar Nguyen. Selepas kemangkatakn Po Sakti Rayda Putih pada 1728, masyarakat Champa memberontak. Panduranga yang menjadi pertahanan terakhir orang Champa pun jatuh ke tangan Maharaja Minh Mang pada 1832.

Khatib Suma, seorang pemimpin Champa yang beragama Islam yang belajar di Kelantan kemudian kembali ke Champa. Beliau mengisytiharkan jihad terhadap kerajaan Viet Nam selepas penaklukan Champa oleh Maharaja Minh Mang. Tentera Viet Nam kemudian memberi makan cicak kepada orang Champa yang ditahan oleh mereka. Penganut Islam dalam kalangan orang Champa diberikan daging babi, manakala penganut Brahmana dalam kalangan orang Champa pula diberikan daging lembu. Mereka dipaksa untuk berasimilasi menyerap kebudayaan Viet Nam dalam kehidupan harian mereka.

Pusaka Champa di Zaman Moden

Kerajaan Viet Nam bimbang dengan bukti kewujudan pengaruh kerajaan Champa di kawasan-kawasan yang masih lagi kabur terutamanya di Laut China Selatan. Hal ini kemungkinan akan menarik perhatian pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia disebabkan telah berlaku pembantaian etnik secara besar-besaran pada tahun 2001 dan 2004. Keadaan ini juga berkemungkinan membolehkan Champa mendapatkan autonomi kerana kerajaan Champa ditakluki oleh Viet Nam pada 1832.

Kerajaan Viet Nam terus memusnahkan bukti kebudayaan Champa dan menjarah bangunan-bangunan seperti kuil orang Champa Brahmana. Mereka membina bangunan di atas kuil-kuil orang Champa Brahmana, membuat kebun-kebun di atas tanah orang Champa, melarang upacara keagamaan orang Champa serta membuang rujukan mengenai pemusnahan ibu kota orang Champa di Song Luy pada 1832 dari buku-buku teks sejarah serta dari buku panduan pelancong. Keadaan hidup orang Champa berada di bawah standard berbanding dengan keadaan orang Viet Nam. Mereka kekurangan bekalan air dan hidup dalam rumah-rumah yang diperbuat dari lumpur.

Orang Champa di Viet Nam hanya diiktiraf sebagai etnik minoriti. Mereka tidak diiktiraf sebagai Orang Asli Viet Nam walaupun mereka adalah penduduk asli di situ. Penduduk etnik Champa beragama Islam sekitar Delta Mekong juga ketinggalan dari segi ekonomi. Dasar ekonomi Viet Nam hanya melebihkan etnik Kinh iaitu etnik majoriti Viet Nam. Etnik Kinh disokong oleh kerajaan Viet Nam untuk menduduki tanah-tanah etnik Champa di selatan dan upacara keagamaan mereka juga dilarang oleh kerajaan sebagai usaha bagi mengekang kesedaran kebudayaan mereka.