Sihir dalam Masyarakat Melayu

Sihir ini adalah istilah yang merujuk kepada perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang dikenakan ilmu tersebut. Hal ini melibatkan makhluk halus dan ia dijalankan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu. Contoh tujuan ilmu ini dikenakan adalah untuk menyakiti seseorang, mengubati sakit dan meramalkan masa hadapan. Penggunaan istilah sihir ini adalah untuk merujuk kepada ilmu hitam. Istilah sihir ini berasal dari bahasa Arab kerana kebudayaan Melayu selepas abad ke-15 mula diresapi oleh pengaruh keagamaan dari Tanah Arab secara meluas.

Menurut Ibnu Khaldun dalam kitab Muqaddimah, "Ilmu sihir dan tilik ini adalah satu ilmu tentang persediaan jiwa manusia untuk mempengaruhi alam kebendaan sama ada tanpa bantuan atau dengan bantuan dari langit. Yang pertama adalah sihir dan yang kedua adalah tilik. Oleh kerana ilmu-ilmu ini ditolak di sisi ajaran Islam kerana mengandungi bahaya dan kerana di antara syarat-syaratnya adalah menghadap kepada selain daripada Tuhan seperti menghadap kepada bintang dan sebagainya, maka kitab-kitabnya telah lenyak dalam kalangan manusia kecuali yang terdapat dalam kitab-kitab bangsa purba termasuklah yang wujud sebelum nabi Musa a.s. seperti dalam bangsa Qibti (Coptic) dan Kaldani (Chaldean)".

Masyarakat Melayu menggunakan sihir untuk beberapa tujuan seperti melindungi diri sendiri, mendapatkan kelebihan, mengawal atau memusnahkan musuhnya. Selain itu, mereka menggunakan sihir untuk meramalkan masa hadapan dan menjadikan diri halimunan supaya dapat melepasi musuh mereka.
    Maklumat Sihir

    Rujukan
    • Sihir dalam Masyarakat Melayu, 8 Mac 2011, Gapura Ilmu (blogspot)