Kegemilangan Champa

Dari abad ke-7 sehingga ke-10 M, orang Cham mengawal laluan rempah dan laluan sutera antara China, India, kepulauan India (Indonesia) dan empayar Abbasiah di Baghdad. Pendapatan negara mereka bukan sahaja datang dari laluan rempah seperti mengeksport gading gajah dan aloe, namun mereka turut menjalankan bajak laut merompak serta menjarah kapal-kapal.

Asas Keagamaan di My Son

Menjelang pertengahan abad ke-7 M, kuil diraja muncul di My Son. Kultus agama ketika itu bertumpu kepada pemujaan dewa Siva namun terdapat juga kuil-kuil yang dibina untuk dewa Vishnu. Sarjana-sarjana percaya bahawa senibina pada zaman My Son E1 ini merujuk kepada jata negara mereka. Karya-karya penting yang masih tinggal termasuklah tapak perunggu linga yang digelar sebagai tapak perunggu My Son E1 serta tapak yang menggambarkan mengenai tercetusnya dewa Brahma dari bunga teratai yang terbit dari pusat dewa Vishnu yang sedang lena.

Dalam satu catitan Champa yang penting bertarikh 657 M yang ditemui di My Son, raja Prakasadharma bergelar Sri Vikrantavarman I membuat perisytiharan semasa pertabalan baginda bahawa ibunda baginda adalah berketurunan dari Brahman Kaundinya dan puteri Soma, tokoh lagenda dalam masyarakat Kemboja. Catitan ini menekankan mengenai hubungan kekerabata antara Champa dengan kerajaan Funan yang merupakan saingannya di sebelah barat. Ia turut memperingati penubuhan perumah untuk Sivalinga oleh baginda. Satu lagi dokumen menunjukkan kebaktian baginda raja terhadap dewa Siva, "yang menjadi sumber tertinggi kepada hidup, sukar untuk dicapai, sifat sebenarnya itu melampaui batasan fikiran dan kata-kata, yang rupanya, bersamaan dengan jagat raya, terjelma oleh rupa-Nya".

Kepentingan Sementara Kauthara

Pada abad ke-8 M, semasa zaman Champa dikenali sebagai Hoan Vang oleh orang China, pusat pentadbiran kerajaan Champa berpindah sementara dari My Son di selatan ke Panduranga dan Kauthara. Pusat politiknya ini bertumpu sekitar kompleks Kuil Po Nagar di Nha Trang pada zaman moden. Kuil ini ditujukan untuk dewi pertiwi tempatan iaitu Yan Po Nagar.

Pada 774, serangan laut tiba di Kauthara dari Jawa. Mereka membakar Kuil Po Nagar dan melarikan rupa Siva. Satyavarman, raja Champa ketika itu mengejar penyerang-penyerang tersebut dan mengalahkan mereka dalam peperangan atas laut.

Pada 781, Satyavarman mendirikan satu tugu peringatan di Po Nagar yang mengisytiharkan bahawa baginda mendapat kawalan semula ke atas rantau itu dan memulihara semula kuil tersebut. Pada 787, penyerang dari Jawa memusnahkan Kuil Siva yang berada berdekatan dengan Panduranga.