Kerajaan ini adalah kerajaan purba yang terletak di Nusa Kendeng Argapura serta dianggarkan wujud sekitar abad ke-6 sehingga ke-7 M. Pulau Kendeng Argapura ini adalah pulau purba yang berada sekitar barat Pergunungan Lasem Argapura.
Pecahan Negeri
Kerajaan ini dipecahkan negerinya menjadi tiga semasa pemerintahan Hang Sam Bhadra atau Bhadravarman. Pecahannya seperti berikut:
- Pucangsula, di sebelah timur dengan dewi Sibah sebagai penguasanya
- Kalinga atau Keling, sebelah tengah dan di Pulau Muria dengan ratu Śima sebagai penguasanya
- Batur-retna, sebelah barat sampai ke sempadan kerajaan Sunda denga Rsi Agastya Kumbayani (Haricandana) sebagai penguasanya.
Raja Hang Sam Bhadra menyebarkan ajaran Indriya Pra-Astha dengan bantuan pinandita Kanung di Pucangsula. Semasa pemerintahan Dewi Sibaha, ajaran ini ditetapkan sebagai perlembagaan rasmi kerajaan baginda.
- Bersungguh-sungguh dalam mencari rezeki supaya seluruh keluarga menjadi tenteram dan dilarang berdengki khianat terhadap orang lain;
- Berbakti kepada kedua-dua ibu bapa.
- Menghormati kuburan nenek moyang yang menjadi penurun kepada anak cucu di desa. Dilarang mengganggu burung-burung yang berdiam di pohon-pohon besar atau pohon-pohon besar yang disucikan di tempat lain.
- Hidup rukun damai dengan jiran kanan dan kiri. Hidup rukun dan damai dengan saudara-mara. Bersama-sama gotong-royong pada bulan purnama Bhadrapada dan membersihkan desa, membersihkan jalan-jalan besar, telaga, halaman serta menjaga pokok-pokok besar supaya lestari.
- Mendahulukan muafakat dalam menyelesaikan masalah. Rundingan haruslah menjadi petunjuk bagi membangunkan desa dan menjaga ketenteraman di desa.
- Melestarikan dan meluhurkan budi pekerti menurut budaya Jawa.
- Menyembah kepada Sang Urip kang Maha Esa, mikani ning Langit dununge atau manunggale Urip Agung Sang Nyawa kang Maha Das. Ingatilah bahawa orang yang mati itu raganya melebur menjadi satu dengan bumi, sedangkan jiwanya itu menyatu dengan yang di langit sana.
- Setia terhadap peraturan negara dan mematuhi sabda para Sesepuh Agung Mangala Praja.
Senarai Raja Pucangsula
- Ratu Hangsam Bhadra, terkenal sebagai pendita ajaran Buddha-Kanung yang mengajarkan kepercayaan suci Hwuning terutamanya tentang Indriya Pra-Astha kepada murid-murid baginda di Asrama Arghasoka, Gunung Tapaan. Baginda memiliki dua orang puteri iaitu Dewi Sibaha dan Dewi Simaha.
- Ratu Sibaha, menjadi laksamana wanita semasa pemerintahan ayahanda baginda. Baginda terkenal bengis dan kejam terhadap lanun di lautan sekitar kerajaan baginda. Lanun-lanun lelaki yang tampan akan diseksa. Baginda diperisterikan oleh Rsi Agastya Kumbhayani atau Sang Haricandana. Mereka berdua memperolehi Arya Asvendra sebagai putera. Dalam zaman ratu ini, kerajaan Pucangsula mencapai wijaya dan berlaku kemajuan dalam perundangan, pembangunan tempat suci serta pertambangan belerang dibangunkan di Batur-Retna.
- Raja Arya Asvenda, baginda membangunkan pasraman atau pusat pertapaan di Bukit Gebang (Butun). Pada zaman baginda ini, ajaran Hwuning dari nenda baginda disenyawakan dengan ajaran Śaiva yang dianuti oleh ayahanda baginda. Hal ini dipaparkan pada penemuan arca Nandi dan arca Ganapati di Bukit Gebang, tenggara Pertapaan Arghasoka. Raja ini mangkat di hadapan Candi Sumbhadra di Dieng ketika berlaku peperangan saudara antara penduduk Batur-Retna dengan penduduk Kalinga. Mereka berperang hanya kerana berebut hak pertambangan belerang bagi eksport ke luar negara.
Selepas kemangkatan Raja Arya Asvendra, anakanda baginda iaitu Arya Untaka diselamatkan oleh patih mereka. Baginda Arya Untaka dirajakan di kerajaan Kanjuruhan atau Haṃjuruhan berhampiran dengan Kali Brantas sampai ke sempadan Singhosari.
Peninggalan Tempat Suci
- Kompleks Percandian Dieng, Dataran Tinggi Dieng
- Runtuhan Candi Pucangan, Desa Sriombo, Lasem
- Pasraman Bukit Gebang (Butun), kawasan sebaran ajaran Śaiva, Desa Warugung
- Pasraman Bukit Tapaan Arghasoka, kawasan sebaran ajaran Hwuning dan Buddha-Kanung, barat Biara Tlueng. Sendangcoyo
- Punden Tapaan, persemayaman abu mayat baginda Hamsam Bhadra dan Dewi Sibah, barat Biara Tlueng
Rujukan
- Sejarah Kawitane Wong Jawa lan Wong Kanung, Alang-Alang Kumitir (online)