Genderuwo dalam Media Popular

Kisah melibatkan makhluk halus ini selalu digunakan dalam banyak media hiburan terutamanya dalam cerita fiksyen seram atau filem seram di Indonesia.

Republik Indonesia

Drama berkenaan makhluk ini pernah dilayarkan dalam layar perak iaitu filem Genderuwo (1981) yang disutradarakan oleh Ratno Timore. Makhluk ini juga diangkat dalam cerita fiksyen hiburan pada era 1990-an contohnya seperti dalam cerpen mistik bersiri berjudul "Si Denok" yang dimuatkan dalam harian Suara Merdeka pada tahun 90an di Indonesia.

Filem seram berjudul Genderuwo diterbitkan pada tahun 2007 di Indonesia juga banyak meminjam unsur cetera dari makhluk halus lagenda ini. Di Indonesia pada tahun 90an, heboh pula kisah tokoh yang digelar sebagai "Tebo si Manusia Misteri". Kisah ini diterbitkan oleh makalah hiburan Wahana Misteri. Tebo dilahirkan di Jember, Jawa Timur pada tahun 1970. Yang menariknya mengenai tokoh ini adalah dia dilahirkan dengan rupa yang pelik. Dia mempunyai tubuh berbulu dan bertubuh besar. Disebabkan hal ini, dia telah digosipkan sebagai anak hasil perhubungan makhluk halus genderuwo dengan manusia. Kisah ini disajikan dalam Wahana Misteri dengan latarbelakang mistik yang disampaikan dengan cara menarik.

Antarabangsa

Dalam konteks antarabangsa, Gandareva iaitu versi makhluk halus di Parsi turut dipinjam dalam permainan video RPG iaitu permainan Final Fantasy X yang diterbitkan di Jepun pada 2001. Dalam permainan video ini, Gandarewa adalah salah satu watak dalam banyak makhluk setan yang mempunyai kuasa ajaib. Selain itu, Genderuwo muncul dalam salah satu permainan video yang dihasilkan di Indonesia iaitu Dreadout.

Dalam siri HBO Asia berjudul Halfworlds, pelakon Reza Rahadian dari Indonesia memegang peranan sebagai Tony yang merupakan demi Genderuwo. Beliau memakai kostum jaket dengan bulu-bulu sekitar leher beliau.