Orang Jakun

Orang Jakun juga dikenali sebagai Orang Ulu adalah merupakan salah satu suku kaum dalam kelompok bangsa Melayu Tua. Mereka diiktiraf oleh kerajaan sebagai Orang Asli di Semenanjung Persekutuan Malaysia. Kelompok suku kaum Jakun adalah Orang Asli yang kedua terbesar selepas suku Semai dari bangsa Senoi (Mon-Khmer).

Pada masa lalu, istilah Jakun ini digunakan untuk merujuk kepada Orang Asli di Semenanjung yang berbangsa Melayu. Istilah ini menjadi istilah bumbung bagi suku kaum Temuan, Orang Laut yang terdiri daripada Orang Seletar dan Orang Kuala serta Orang Kanaq. Pada masa yang sama, Orang Jakun yang sebenarnya, hidup di perhuluan manakala Orang Laut hidup di pesisir-pesisir pantai.