Orang Jawa pada zaman dahulu sudah terbiasa mendengar istilah lampor. Lampor ini adalah sejenis makhluk halus yang dipercayai boleh membawa maut kepada manusia. Kewujudan lampor ini dipercayai secara berbeza-beza pula mengikut masyarakat. Sesetengahnya percaya lampor ini berbentuk seperti bola roh, kadang-kadang mereka muncul sebagai rombongan penjurit Jawa zaman purba. Di Jawa Timur sendiri, lampor ini berbentuk seperti hantu pocong yang boleh membunuh manusia semasa dia sedang tidur.
Umumnya, lampor ini bermaksud 'riuh' atau 'keriuhan', Nama ini sesuai dikaitkan dnegan kepercayaan mengenai makhluk ini di Jawa Tengah. Semasa ia muncul, ia akan menyebabkan timbul suara-suara riuh. Suara-suara riuh itu adalah suara yang mengiringi pedati dan pasukan penjurit dari Laut Selatan menuju ke Gunung Merapi atau Keraton Yogyakarta. Masyarakat Jawa percaya bahawa lampor ini adalah penjurit-penjurit dalam pasukan tentera Nyai Roro Kidul, ratu penguasa laut selatan.
Berdasarkan kepada kepercayaan orang Jawa Timur, lampor ini muncul bersama dengan pageblug atau wabak penyakit dan ia seringkali berlaku dalam bulan Sapar mengikut takwim Jawa. Lampor dipercayai membunuh orang semasa dia sedang tidur. Mereka akan didatangi oleh lampor pada malam hari dan dicekik lalu dibawa keluar menggunakan keranda. Jika hal ini berlaku, maka mereka akan mati seketika.
Kelemahan lampor ini adalah ia tidak boleh duduk atau bercangkung. Mangsa lampor selalunya tidur di atas katil atau rajut. Untuk mengelakkan makhluk ini maka orang Jawa akan tidur di lantai atau di bawah katil. Oleh itu, makhluk ini tidak dapat membunuh mereka.
Kisah mengenai makhluk ini marak sekali pada tahun 1960an namun ia hilang sedikit demi sedikit dilupakan oleh orang. Zaman ini, budak-budak muda sudah tidak mengetahui lagi mengenai makhluk ini.
Rujukan
- Kun Sila Ananda, 'Lampor, pembawa maut yang jadi pasukan Nyi Roro Kidul', Merdeka Dot Com, 10 Oktober 2013 (online)