Orang Jawa

Orang Jawa adalah merupakan salah satu bangsa yang menjadi bangsa peribumi utama di Pulau Jawa, Republik Indonesia. Banci pada tahun 2011 menunjukkan bahawa bangsa Jawa menduduki tempat pertama dalam kelompok bangsa terbesar di Indonesia iaitu seramai 100 juta orang. Orang Jawa umumnya menjadi majoriti di tengah dan timur Pulau Jawa. terdapat juga sejumlah besar orang Jawa atau orang keturunan Jawa di wilayah-wilayah lain di Republik Indonesia serta di negara-negara asing lain seperti di Malaysia, Singapura, Surinam, Arab Saudi dan Belanda.

Kebanyakan orang Jawa menjatikan diri mereka sebagai Muslim dengan minoriti dalam kalangan mereka menjatikan diri sebagai beragama Kristian atau beragama Hindu. Ketamadunan Jawa telah dipengaruhi oleh interaksi melebihi satu milenia oleh kebudayaan Buddha dari benua kecil India dan amalan-amalan animisme tempatan yang disebut sebagai Kejawen. Hal ini dapat dilihat dalam sejarah, budaya dan bentuk-bentuk kesenian mereka. Dengan populasi global mereka yang agak besar, boleh dikatakan bahawa orang Jawa menduduki tempat keempat sebagai bangsa yang menganuti agama Islam di dunia selepas bangsa Arab, bangsa Bengali dan bangsa Punjabi.

Suku Kaum Jawa

Sama seperti bangsa lain di dunia. Orang Jawa juga mempunyai sub-suku yang pelbagai namun mereka diperkirakan sebagai berbangsa Jawa. Suku-suku kaum Jawa dikelompokkan seperti berikut:
  • Orang Tengger
  • Orang Samin
  • Orang Naga
  • Orang Banyumasin
  • Orang Osing
  • Orang Cirebon
  • Orang Mataram
  • Orang Boyan
  • Orang Madura