Tembang Macapat

Tembang macapat adalah merupakan salah satu bentuk kesenian daerah yang terkenal dalam kalangan bangsa Jawa. Tembang menyampaikan pengajaran kepada masyarakat dengan cara berlagu mengikut cara Jawa dan terpapar pada sebuah 'pada' atau perenggan.

Sehingga kini pun, masyarakat Jawa tanpa mengira agama dan kepercayaan akan kembali kepada tembang bagi mendapatkan petua kehidupan atau nasihat dalam melalui kehidupan mereka. Menurut maklumat dari warganegara Indonesia, tembang dilestarikan dengan diajarkan di sekolah-sekolah di sana. Kanak-kanak di sekolah rendah di Indonesia akan diajarkan dengan pelbagai jenis tembang yang berkonsep sederhana. 

Terdapat sebanyak 11 jenis tembang yang diamalkan serta didengari oleh masyarakat Jawa. Jenis-jenisnya adalah seperti berikut:
  • Maskumambang
  • Mijil
  • Sinom
  • Kinanthi
  • Asmaradana
  • Gambuh
  • Dhandanggula
  • Durma
  • Pangkur
  • Megatruh
  • Pucung
Tembang ini tiada kena mengena dengan negeri Tamil Nadu di India. Ia adalah sastera warisan masyarakat Hindu tempatan di Pulau Jawa yang diwarisi oleh petitih-petitih masyarakat Jawa moden dalam bentuk tradisi adat Kejawen dan lain-lain. Di negara Malaysia, masyarakat perantau dari Pulau Jawa juga mendengar dan mengambil pengajaran dari tembang macapat. Ditegaskan juga bahawa Jawa adalah sejenis bangsa. Jawa bukan sub-bangsa Melayu. Kedua-dua Jawa dan Melayu adalah bangsa-bangsa yang tersendiri.