Kalendar dan Perayaan Champa

Kalendar Champa umumnya bersifat luni-solar. Bulan baru ditandakan pada awal dan hujung setiap bulan. Bulan lunar ditandakan dengan cahaya separuh terang yang menghilangkan bulan purnama. Separa gelap pula akan ditutup dengan bulan baru.

Masa diukur dengan sistem 24 jam atau putaran 12 bulan. Setiap 12 bulan itu akan dinamakan dengan nama zodiak haiwan seperti di rantau Indochina lain bermula dengan tikus, kerbau, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi.

Tahun baru akan bermula dengan musim bunga iaitu sekitar April dan Mei. Satu tahun mengandungi 12 bulan lunar dengan satu bulan lunar itu mengandungi 30 atau 29 hari. Bulan-bulan dikira dengan bilangan satu sehingga 10. Bulan 11 dan bulan 12 mempunyai nama-nama khas. Setiap tiga tahun, satu bulan akan ditambahkan. Pengiraan masa dalam kalangan umat Islam berbangsa Champa berbeza dengan penganut Brahmana. Selain itu, pengiraan masa mereka juga berbeza dengan pengiraan masa orang Viet Nam yang rasmi. Kebanyakan orang Champa mungkin tidak sedar pun kewujudan kalendar dan mereka mengira hari bukan mengikut pengiraan lunar sahaja.

Nama-nama hari yang digunakan oleh orang Champa bermula dari Ahad sehingga ke Sabtu adalah berdasarkan kepada sistem astronomi India purba yang menggunakan bahasa Sanskrit:
  • Adit matahari
  • Thom bulan
  • Angar marikh
  • But utarid
  • Jip musytari
  • Shuk zuhrah atau kejora
  • Tchanchar zuhal
Perhatikan juga sistem-sistem planet tersebut yang diterjemahkan ke bahasa Melayu. Bahasa Melayu menggunakan nama Greco-Arab untuk planet-planet tersebut. Hari-hari dalam kalangan penganut Islam berbangsa Melayu adalah mengikut perkiraan hari orang Arab. Dalam satu hari, orang Champa membahagikannya kepada 12 jam bermula dari kokokan ayam jantan yang menandakan hari sudah siang.
 
Sesetengah perayaan orang Champa menyediakan program seperti hiburan dalam bentuk pesta keramaian dan bunyian muzik. Mereka juga merayakan Tahun Baru Lunar seperti orang Cina dan orang Viet Nam. Perayaan ini digelar sebagai Tet dan merupakan hari cuti umum bagi seluruh negara Viet Nam kini. Perayaan Tet berlangsung selama 15 hari bermula dengan bulan lunar yang pertama dan ia berlangsung selama sebulan.
 
Sebelum bermula perayaan Tet, ketua keluarga akan membalut hadiah-hadiah dan memberikan restu kepada hadiah-hadiah tersebut. Keluarga akan berbuat perkara yang sama mengikut ketua keluarga selepas itu. Pada hari pertama Tet, mereka akan pergi ke hutan dan mengumpulkan daun lalu dipotong menjadi halus-halus. Daun yang dipotong tersebut dicampurkan dalam tuak dan dituangkan di atas kepala kerbau. Kerbau kemudian akan ditibai berkali-kali. Babi dan haiwan ternakan akan disembelih untuk kenduri dan tetamu-tetamu dipelawa makan sehingga pitam. Nyanyian dan muzik akan dimainkan sehingga tengah hari.
 
Upacara khas digelar sebagai Vola akan dijalankan jika tiada sebarang kematian pada tahun itu. Orang tua yang kaya akan menjadi ketua upacara dan memberikan sembahan pulut yang dibalut dalam daun kepada roh-roh sekitar. Sajian sembahan tersebut dimasak dengan menggunakan kayu-kayu yang dikutip sejak bulan ke-10 dari petak-petak bendang. Kegagalan mengumpulkan kayu api boleh menyebabkan mereka yang tinggal di sesuatu kampung itu didenda dan perayaan Tet mereka akan dibatalkan.