Upacara Pertanian Champa

Kelompok bangsa Champa menjadi pelopor kepada kelompok etnik-etnik lain di Asia Tenggara yang mengamalkan pelbagai jenis upacara pertanian mengikut kesesuaian individu atau kepelbagaiannya. Bangsa Champa dari kedua-dua komuniti agama iaitu Brahmana dan Islam itu mengiktiraf tiga jenis bendang yang dipandang suci: 

1) Hamu Tabung atau Tabun 

Bermaksud keadaan bendang ini muncul apabila seorang pekerja di bendang tersebut atau haiwan yang bekerja di bendang tersebut jatuh sakit dan simptom kesakitan tersebut berlaku di bendang tersebut. Bendang ini mestilah dijual terus walaupun akan menyebabkan kerugian. Kebiasaannya orang Viet Nam beragama Katolik di sekitar akan membeli tanah tersebut. Orang Viet Nam penganut ajaran Buddha juga takut akan tanah bendang sebegini dan tidak mahu berada dekat dengannya. Konsep amalan ini tidak diketahui asal-usulnya, namun terdapat kepercayaan bahawa punca sakit di kawasan itu kemungkinannya disebabkan oleh tapak tersebut adalah tapak pengebumian atau kemungkinannya tapak tersebut pernah menjadi bendang kepunyaan putera-putera raja Champa pada zaman dulu. Orang Champa yang menghadapi situasi ini bimbang menyinggung roh-roh lampau dengan upacara yang tidak betul jadi mereka akan mengambil keputusan mudah dengan menjualnya terus.

2) Hamu Klaik Lava

Ia bermaksud bendang kerja tangan tersembunyi. Ia dimiliki oleh tuan tanah Champa yang kaya. Ia akan dikerjakan pada awalnya di dalam kegelapan. Membajak dan membenihkan tanah di situ dikaitkan dengan jenayah seksual. Pada bulan Jun iaitu bulan kedua dalam kalender orang Champa di awal pagi, sepasang suami isteri pergi ke padang dan membajak tiga petak bendang sebelum pulang ke rumah, Pada subuh hari, secara kebetulan, pemilik kebun berjalan melepasi rantau padangnya dan terkejut melihat petak-petak bendangnya sudah dibajak. Dia pun berkata, "Siapa pula yang membajak bendang aku secara curi-curi pada malam hari?" Dia pun pulang ke rumah dan menyediakan sembahan pujaan dan membawanya ke padang kerana padang yang berbajak sendiri itu perlu disucikan. Selepas selesai upacara, barulah penanaman di situ boleh dijalankan secara terbuka.

Pada musim bunga padi berbunga dan musim menuai, sembahan sajian disembahkan apabila tangkai padi sudah cukup tinggi untuk burung merpati bersembunyi. Dewa-dewa diseru dan dijemput untuk merasai sembahan sajian. Pemilik tanah akan memotong tiga tangkai padi dan membalutnya dalam kain. Tangkai-tangkai padi tadi dilalukan pada api yang membakar kayu cendana dan dipersembahkan kepada dewi Po Nagar. Ia digantung di rumah sehinggalah tahun menanam seterusnya. Benih dari tangkai padi tadi akan ditanamkan di tanah yang dibajak secara rahsia pada malam hari oleh entah siapa-siapa pada malam hari. Padi-padi lain dalam padang ini dituai seperti biasa.    

3) Hamu Canrov

Bendang jenis ini sering menjadi pilihan orang kampung biasa. Selalunya, setiap kampung akan mempunyai tidak lebih daripada dua atau tiga Hamu Canrov. Padang-padang ini bertindak seperti tapak-tapak tanaman yang digunakan secara bergilir-gilir oleh para petani.

Bendang-bendang suci biasanya dikerjakan sama ada di tengah pagi atau pada awal subuh selepas pedanda menyembahkan korban kepada dewa-dewa. Pemilik Hamu Canrov dan pedanda akan berdoa kepada Po Olvah Ta'ala yang menurut mereka adalah dewa dunia bawah supaya memberi restu kepada kerbau-kerbau mereka, membenarkan kerja dijalankan di padang dan mengurniakan kepada mereka hasil tuaian yang baik.

Pemilik padang akan membajak tiga petak bendang di padang, menyapu tanah dengan minyak, menanam segenggam benih padi dan membawa kerbau balik ke rumah. Hari berikutnya, dia akan menyempurnakan proses menanam dan menyemai benih padi. Tiada sebarang upacara khas dijalankan di padang seperti ini.

Upacara Pertanian Lain

Upacara ini mengandungi menampi segenggam padi di atas padang sebelum mengerjakan petak-petak dalam padang itu. Seekor ayam akan disembelih dan darahnya akan direnjis atas pokok-pokok padi yang baru muncul. Tangkai-tangkai padi ini nanti akan dipindahkan ke satu sudut dalam petak-petak padi dan pantang disentuh oleh sesiapa. Sembahan serupa akan mengikuti tuaian padi. Tambahan lagi, dong-dinh atau sejenis tumbuhan melata akan ditanam berdekatan padang sebagai lambang  pengumpulan hasil tuaian yang sihat.