Kerajaan Kalinga adalah sebuah kerajaan yang menganuti ajaran Buddha dan berkebudayaan Hindu di Jawa Tengah pada sekitar abad ke-6 masehi. Ibu kota kerajaan ini masih belum dipastikan namun terdapat tanggapan bahawa ibu kotanya terletak antara Kabupaten Pekalongan dan Kabupaten Jepara di Republik Indonesia. Sumber sejarah mengenai kerajaan ini banyak sekali dicatitkan oleh dinasti Tang, diceduk dari tradisi tempatan dan naskah-naskah Cetera Parahyangan yang disusun semula pada abad ke-16 masehi.
Cetera Parahyangan menceterakan secara ringkasnya mengenai pemerintah kerajaan ini bernama Ratu Sima dan kaitan baginda dengan Kerajaan Galuh. Ratu Sima ini sangat pantang sekali dengan pencuri dan baginda akan memerintahkan supaya pencuri dipotong tangan sekiranya didapati bersalah.
- Pensejarahan
- Peninggalan
Kerajaan ini kemudian dibubarkan pada abad ke-7 masehi dan digantikan oleh Kerajaan Medang Mataram.