Kepercayaan di Jawa


Kepercayaan agama di Pulau Jawa dikaitkan dengan unsur kebatinan dan spiritual. Penduduk di Jawa melalui pelbagai pengalaman keagamaan dari agama-agama terkenal dunia seperti agama Hindu, Buddha, Islam dan Kristian. Selain itu terdapat unsur animisme dalam kepercayaan mereka. Amalan kerohanian mereka dicorakkan dengan amalan serta falsafah Kejawen atau Kejawaan.

Walau bagaimanapun, kepercayaan purba yang dianuti oleh raja-raja Jawa adalah agama Hindu mazhab Siva dan mazhab Vaishnava maka hal tersebut difokuskan oleh masyarakat Jawa yang berbudaya tradisional di Republik Indonesia. Agama Islam mula meresapi keraton Jawa pada 1500 melalui kelompok bangsawan mereka sendiri. Sehingga kini pun terdapat penganut agama Islam yang berbakti dalam kalangan orang Jawa dan terdapat juga penganut agama Hindu dalam kalangan orang Jawa yang mengikuti nenek moyang mereka.

Rujukan
  • Mas Thiwul, 'Aku Seorang Kejawen Asli', 26 Mei 2012 (blogspot)
  • Joglosemar, 'Kejawen: A Javanese Spiritual Teaching', Sangga Sarana Persada (online)
  • Harunata-Ra, 'Proses Penciptaan dalam Kebatinan Jawa', 13 Mac 2016 (wordpress)
Sumber Gambar: Batara Guru (Siva), Dieng, Jawa Tengah oleh Photo Dharma, Sadao, Thailand