Genderuwo

Genderuwo ini adalah sejenis makhlus halus yang berupa seperti kera, bertubuh besar dan kekar dengan kulit hitam kemerahan. Tubuhnya dilitupi oleh bulu lebat. Makhluk ini sangat terkenal di Pulau Jawa.

Makhluk ini gemar menghuni rantau-rantau seperti:
  • batu-batu berair
  • bangunan-bangunan lama
  • pokok-pokok besar yang teduh
  • sudut-sudut lembap yang sepi dan gelap
Dalam kepercayaan masyarakat Jawa di Indonesia, makhluk ini dipercayai berada di rantau hutan seperti di Hutan Jati Cagar Alam Danalaya, kecamatan Slogohimo, iaitu kira-kira 60 km ke timur Wonogiri dan di wilayah Lemah Putih, Purwosari, Girimulyo, Kulon Progo, kira-kira 60 km ke barat Yogyakarta.

Asal-Usul

Istilah ini didakwa terbit dari bahasa Jawa Kawi iaitu Gandharva yang dipinjam dari bahasa Sanskrit. Dalam kepercayaan Hindu dan Buddha yang pernah diamalkan di sebahagian rantau Asia Tenggara kepulauan, ia berupa seperti manusia lelaki namun berkediaman di kayangan.

Kepercayaan bahawa makhluk ini sebagai makhluk halus diduga terbit dari ceritera purba Parsi  Menurut kepercayaan itu, Gandareva ini adalah sejenis bangsa bunian yang tinggal di kawasan berair. Ia cuba untuk memakan perkara-perkara baik yang tercetus dalam penciptaan. Nanti ia akan dikalahkan oleh pahlawan Keresaspa.
Rujukan
  • Suyonon R.P. 2007. Dunia Mistik Orang Jawa: Roh, Ritual, Benda Magis. Penerbit LKiS.