Pengenalan Pulau Jawa

Ibu kota negara Indonesia iaitu Jakarta terletak di Jawa Barat. Kebanyakan sejarah Republik Indonesia berlaku di Jawa. Ia pernah menjadi pusat bagi empayar-empayar Hindu-Buddha zaman purba dan juga menjadi pusat kesultanan zaman klasik. Ia juga menjadi pusat pentadbiran kerajaan penjajah Hindia Timur Belanda.

Pulau Jawa menjadi pusat bagi perjuangan anak negeri yang cuba mencapai kemerdekaan sekitar tahun 1930an dan 1940an. Pulau Jawa mendominasi negara kepulauan Indonesia secara politik, ekonomi dan kebudayaan. Tapak warisan UNESCO, Ujung Kulon terletak di bahagian hujung barat sekali pulau itu.

Pulau Jawa terbentuk hasil dari letusan gunung berapi zaman purba. Ia merupakan pulau yang ke-13 terbesar di dunia dan menjadi pulau kelima terbesar di Indonesia. Satu rantaian gunung berapi membentuk paku timur dan barat sepanjang pulau itu. Tiga bahasa utama dituturkan di pulau itu iaitu bahasa Jawa, bahasa Sunda dan bahasa Madura. Bahasa Jawa merupakan bahasa yang utama dan menjadi bahasa ibunda lebih kurang 60 juta orang di Indonesia. Kebanyakan mereka memang berasal dari Pulau Jawa. Penduduk di Jawa boleh berbahasa Indonesia dan berbahasa Jawa sebagai bahasa pertama atau bahasa kedua mereka. Pada zaman purba agama penduduk di Jawa adalah agama Hindu dan agama Buddha namun pada zaman moden, kebanyakan penduduk di Jawa menganuti agama Islam.

Pulau Jawa terbahagi kepada empat iaitu:
Dua lagi rantau istimewa dalam Jawa adalah rantau Jakarta dan rantau Yogyakarta. Namun, kedua-duanya tidak disebutkan secara lanjut di sini. Jika berminat, maka bolehlah men-google maklumatnya di enjin carian.

Kebudayaan Jawa

Kebudayaan yang ditelusuri dalam laman ini adalah merangkumi perkara-perkara berikut:

Rujukan
  • Johann Friederich Scheltema, 'Monumental Java' (google book)