Rantau Champa dan Vietnam

Etnik berbangsa Champa yang serumpun dengan orang Melayu mendiami rantau ini telah membina kerajaan berdasarkan sistem yang didasarkan kepada ajaran Hindu. Bangsa ini adalah bangsa yang sama dengan bangsa Aceh di Sumatera Utara, Republik Indonesia. 

Zaman Purba

Pada zaman purba, bangsa ini membangunkan beberapa negara kota sama seperti orang Greek bernegara kota di sebelah laut Mediterania sana. Lima negara kotanya yang terkenal adalah:
  • Indrapura
  • Amaravati
  • Vijaya - salah seorang putera rajanya melarikan diri ke Sumatera Utara dan menjadi pengasas Aceh selepas kalah peperangan dengan dinasti Le dari Vietnam
  • Kauthara
  • Panduranga
Bangsa Champa tidak mempunyai negara bangsa moden. Mereka boleh ditemui di merata-rata negara moden seperti di Republik Rakyat China, Vietnam, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Thailand. Mereka boleh bertutur bahasa Melayu dan juga mempunyai bahasa sendiri, iaitu bahasa Champa.

Maklumat lanjut tentang Champa boleh ditemui di sini.

Keagamaan

Orang Champa pada asasnya menganuti ajaran Brahmana. Amalan-amalan mereka dijalankan dalam bentuk tempatan mereka. Terdapat juga orang Champa yang menganuti agama Islam. Orang Champa Brahmana selalunya menggelarkan diri mereka sebagai Champa Jati. Orang Champa yang beragama Islam menggelarkan diri mereka sebagai Champa Bani atau salasilah Nabi Muhammad s.a.w. Kedua-dua Champa Brahmana dan Champa Muslim mempunyai hubungan yang baik. Pedanda dan Imam-Imam Champa akan menghadiri upacara keagamaan masing-masing melalui jemputan. Beberapa dewata Brahmana yang dipuja oleh orang Champa Brahmana turut dihormati juga oleh orang Champa yang beragama Islam. Bacaan lanjut untuk rujukan berkenaan dengan kepercayaan orang Champa boleh dirujuk di sini.
Rujukan
  • Selected Groups in the Republic of Vietnam: The Cham, Special Operations Research Office (SORO) of the American University, 1960s.