Khamis, 20 Disember 2018

Kerajaan Champa


Sejarah bangsa Champa bermula semenjak zaman prasejarah lagi apabila nenek moyang orang Champa berhijrah ke tanah besar Asia Tenggara lalu menubuhkan kerajaan maritim yang bertamadun Brahmana serta berpusat di rantau Vietnam Tengah pada awal abad-abad masihi. Negara-negara kota mereka ini hancur selepas ia diserang dan diserap ke dalam empayar Vietnam.
Untuk rujukan lanjut mengenai kerajaan ini sila buat rujukan di sini juga. Rantau Champa ini diperkira sebagai rantau Indochina. Ia bukan rantau kepulauan Asia Tenggara atau Nusantara mengikut konsep orang Jawa. Rujukan mengenai bahasa Champa boleh ditemui di sini jika mereka yang berketurunan Champa ingin mempelajari bahasa nenek moyang mereka.

Jumaat, 22 September 2017

Kerajaan-Kerajaan Jawa


Pulau Jawa merupakan salah satu pulau dalam negara kepulauan Indonesia. Penduduk Jawa berjumlah lebih daripada 141 juta orang manakala di rantau pentadbirannya sahaja berjumlah seramai 145 juta orang. Pulau Jawa dihuni oleh 56.7 peratus penduduk Indonesiaa dan merupakan pulau yang paling padat sekali di muka bumi ini. Baca lanjut di sini.

Konsep Nusantara sebagai konsep kenegaraan Majapahit sila rujuk di sini. Di sini, ditegaskan bahawa konsep Nusantara ini bukan konsep kenegaraan bangsa Melayu. Ia berasal dari konsep kenegaraan bangsa Jawa.

Untuk lebih memahami hal ini maka ada baiknya sekiranya pembaca-pembaca falsafah politik turut memberikan perhatian kepada keadaan yang berlaku di Eropah dan membandingkannya dengan negara-negara kota di rantau Asia Tenggara. Hal ini sebenarnya tidaklah susah pun untuk difahami.

Ahad, 9 April 2017

Kerajaan-Kerajaan Melayu


Negara-negara kota kecil bangsa Melayu Tua muncul pada sekitar abad ke-2 dan ke-3 M di sebelah Tanah Melayu dan juga kepulauan Sumatera. Kawasan Semenanjung Tanah Melayu dan Segenting Kra tidak mempunyai kawasan lembangan luas yang banyak seperti di rantau benua Jawa atau benua Kemboja yang mampu menampung kependudukan padat di Asia Tenggara zaman klasik.

Walau bagaimanapun, rekod-rekod dari benua China mencatitkan bahawa terdapat dalam 30 buah negara-kota atau kerajaan kecil yang bertamadun Hindu yang naik dan jatuh di sebelah utara pantai barat dan pantai timur Semenanjung Tanah Melayu. Sukar sekali untuk merekodkan kerajaan-kerajaan orang Melayu ini kerana ia berselerak di merata-rata dan tidak berada di suatu kawasan seperti kerajaan-kerajaan orang Jawa. Baca lanjut. 

Rujukan